No HP : 60169444562 (Izzu Saufi)

Klik untuk whatsapp: Klik sini untuk Whatsapp saya

Klik sini untuk lihat web saya...


Anda miliki restoran? Mahu naik kan sales? baca link.

SALES / JUALAN RESTORAN POPULAR BERJUMLAH RM 50,000 SEBULAN JATUH KEPADA RM 13,000 SEBULAN? KENAPA???







Sebelum kita pergi kepada masalah & jalan penyelesaian, mari kita bayangkan status perniagaan untuk kes ini. Perniagaan ini dibuat atas persetujuan 2 jiran di sebuah kawasan perumahan tanpa sebarang dokumentasi. Masing-masing meletakkan modal sebanyak RM 20,000 dan memulakan perniagaan tersebut. Setelah beroperasi bertahun, perniagaan tidak memberikan sebarang untung malah tiada rekod yang sepatutnya didokumentasikan oleh akauntan syarikat. (Akauntan merupakan ahli keluarga dari salah seorang rakan kongsi perniagaan ini.) Apabila diminta keluarkan laporan mingguan / bulanan / tahunan, tiada tindakan yang dilakukan oleh akauntan.
Akibat dari situasi ini, syarikat tiada rekod keuntungan dan sentiasa menujukkan defisit dalam akaun. Atas dasar mempercayai sesama sendiri, mereka menambah modal berjumlah RM 50,000 bagi menampung kos operasi perniagaan. Malangnya, mereka masih beroperasi dalam kerugian, sehingga terpaksa mendapatkan modal tambahan sebanyak RM 80,000 dari rakan kongsi ke tiga yang baru. Anehnya, mereka masih beroperasi dalam kerugian dan mendapatkan pula modal tambahan sebanyak RM 70,000 dari rakan kongsi ke empat yang baru pada tahun seterusnya.
Bayangkan, sebelum ini, dengan hasil tempahan sebulan boleh mencapai sehingga RM 15,000 tetapi sekarang jatuh kepada RM 2,000. Restoran yang penuh pada hari minggu menjadi lenggang. Restoran yang dulunya didatangi artis, Youtubers, program TV, hilang dalam sekelip mata Tetapi, masalah asas serta dalaman yang di alami memberikan kesan yang hebat pada operasi, jualan & situasi negatif berpanjangan kepada mereka.
Mereka menjalankan perniagaan ini dengan bermodalkan RM 200,000, kos operasi rendah & kos produk yang murah (produk dijual pada harga pasaran) dan masih beroperasi dalam kerugian sehingga sekarang. Kalau ikut logik akal, teori & praktikal, jumlah tersebut sepatutnya membuahkan hasil yang berganda malah menaik taraf perniagaan mereka pada peringkat nasional. Baik, mari kita lihat analisis untuk masalah mereka.
———-
MASALAH:
– Taruhan modal sebanyak RM 200,000 tidak membuahkan hasil yang memberansangkan.
– Tiada naik taraf aset perniagaan dari modal.
– Aset syarikat menjadi liabiliti.
– Untung tidak dapat dikesan sepanjang tempoh perniagaan.
– Keraguan pada ketelusan matlamat perniagaan antara empat rakan kongsi.
– Tukang masak / chef berhenti kerja atas tekanan kewangan.
– Transaksi keluar masuk staf yang tinggi.
– Kualiti produk yang semakin menurun atas tekanan modal operasi.
-Tidak menggunakan aplikasi yang membantu.
– Tidak mengikut peredaran masa dalam pemasaran.
– Suspek sabotaj operasi & pemasaran.
– Dan banyak lagi.
———
KENAPA?
Kebiasaanya, kes ini banyak terjadi kepada peniaga yang mengamalkan operasi secara tradisional dan bergantung sepenuhnya kepada kematangan lokasi perniagaan serta kepercayaan terhadap rakan kongsi yang berlainan matlamat. Kita manusia akan lalai bila menjadi selesa dengan apa yang ada. Seringkali kita terhantuk dahulu baru berjaga.
Pendapat saya, pentingnya proses kita hidup dengan menghadapi masalah agar kita dapat belajar dari kesilapan, mencari jalan penyelesaian dan melaksanakan strategi. Berbalik kepada masalah di atas, jika anda perasan, saya ada “bold” kan 2 masalah yang dirasakan perlu diberi perhatian sepenuhnya, berikut adalah cadangan jalan penyelesaian.
————————
JALAN PENYELESAIAN?
1. SELESAIKAN MASALAH ASAS: MATLAMAT PERNIAGAAN (CORE)
Apabila terdapat keraguan antara rakan kongsi, mereka duduk semeja bersama akauntan dan saksi yang merekodkan mesyuarat, membincangkan masalah perniagaan & mengesyorkan jalan penyelesaian. Mengenal pasti matlamat setiap rakan kongsi dalam mencapai kejayaan serta kejujuran dalam berniaga. Kenal pasti kerugian, keuntungan sepanjang tempoh perniagaan dan dapatkan rekod transaksi. Jika perkara membabitkan penyalahgunaan kepercayaan, dapatkan servis dari pihak peguam bagi memudahkan pengurusan di kemudian hari.
Jika mereka melambatkan perkara ini, ianya akan memberi kesan yang lebih teruk dan tanpa mereka sedar, akan merosakkan moral perniagaan tersebut. Mereka perlu sedar bahawa perniagaan tersebut memberikan impak terhadap ekonomi setempat dan perlu perbaiki dengan segera.
2. PENJENAMAAN SEMULA & NAIK TARAF FORMAT PEMASARAN (REBRANDING & UPGRADING MARKETING FORMAT)
Ya! Untuk kes ini, mereka perlu membuat penjenamaan semula, bagi menunjukkan kepada prospek bahawa mereka telah menambah baik perniagaan dan bersedia untuk memberikan servis & produk yang terbaru, sistematik serta berkualiti. Dalam proses ini, mereka wajib membuktikan kepada prospek dan menarik kepercayaan bagi mengukuhkan perniagaan.
Setiap tahun, sentiasa ada format pemasaran yang ditambaik baik atau baru di pasaran. Kita perlu ikut format mereka untuk menjadi relevan dengan pasaran yang berkaitan. Tahukah anda, generasi muda memberikan impak yang besar kepada keputusan generasi tua? Contohnya, anak-anak muda akan mengesyorkan kepada ahli keluarga & rakan ke restoran tertentu kerana populariti dalam sosial media.
Pemilik restoran perlu cakna dengan ombak teknologi ini dan menyertai bersama. Berikut adalah solusi servis bagi kes ini:
▼▼▼▼
1. TUKAR IMEJ GRAFIK RESTORAN
Ya! Restoran ini memerlukan imej baru. Menu baru yang jelas, mudah difahami oleh pelanggan, pakej untuk keluarga, dll & yang wajib, produk ‘penarik’ (produk yang menarik pelanggan ke restoran). Pada waktu yang sama, letak gambar berbingkai produk yang menarik disekeliling restoran bagi memudahkan pelanggan sedia ada atau yang baru memesan produk tersebut.
darebear.studio/2020/01/06/harga-design/

2. LAMAN SENSAWANG / LANDING PAGE RESTORAN
Bagi kes ini, pemilik restoran akui, lamab web memainkan peranan penting dalam menambahkan tempahan sampingan. Tempahan atas talian boleh menyamai separuh dari jumlah jualan fizikal mereka. Saya mengesyorkan kepada pemilik restoran untuk mengambil PAKEJ WAWASAN 2020, dimana dengan harga yang murah, Landing Page tersebut di isi dengan gambar, deskripsi restoran & produk, lokasi, rangkaian media sosial dan tempahan atas talian!
darebear.studio/2020/01/22/promosi-2020landing-page/

3. HYBRID DIGITAL ECO-SYSTEM
Antara konsep yang memberikan impak pantas pada laman sensawang dimana pengedaran ‘flyers’ fizikal yang menarik akan membuatkan prospek mengimbas QR Code dan dihantar ke capaian yang dimahukan. Secara automatik, prospek yang melalui beberapa tapisan tersebut akan mendaftar sebagai bakal pelanggan untuk produk anda.
darebear.studio/2020/02/14/hybrid-digital-eco-system/

Anda memiliki masalah yang hampir serupa? Mahu kan jalan penyelesaian? Hubungi kami sekarang! Jangan biarkan perniagaan anda diselubungi masalah. Jangan biarkan ia parah!
wa.me/60169444562
darebear.studio
Dare Bear Studio
Kami Bantu Iklan Anda

Untitled-1-01.png

One thought on “Anda miliki restoran? Mahu naik kan sales? baca link.”
  1. Aex3xie: minuman pracampur 5in1dengan kandungan luarbiasa
    – kurma tinggi fibre sangat Bagus untuk perut dan untuk diet
    – coklat sangat Bagus untuk meredam dan menstabilkan emosi
    – susu skim mengandungi kalsium yang Bagus untuk tulang sendi dan gigi
    – gula: sebagai pemanis dan paling rendah berbanding produk lain. Dengan hanya 1 sudu teh sahaja.
    – minyak camelina: diperkaya dengan omega 3,6&9 yang sangat Bagus untuk minda kita sekeluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *